Jun 3, 2005

::Jurnal Fasilitator::

Motivational Camp 05' (26-29 MEI 2005)
SMK SULTAN IBRAHIM SATU, PASIR MAS, KELANTAN.


Alhamdulillah. Segalanya dalam pantauan dan redha Ilahi. Hujan tak turun..tertahan mungkin dek menyambut kehadiran adik-adikku dari jauh. Program motivasi anjuran Psychology Students Assoc. IIUM dan SIS tamat akhirnya. Kami beri rating 4 dari 5 secara keseluruhannya.

Nyata ia bawa gembira dan kepuasan pada diri kami yang bekerja. Harapnya adik-adik kami dapat manfaat yang sama. Kerna Allah, itu amanat Presiden Psycsta. Terima kasih kerna percaya kepada kami dari unit da'wah dan kebajikan untuk mengetuai program ni.

Memang awalnya agak goyah, biasalah program motivasi pertama kami di kampus. Selalunya kami keluar turun padang. Namun, kami bersatu dan itu yang kami cuba modalkan. Ermm..banyak kepala, ideanya terlalu bersepah. Apa pun, di bawah kendalian mereka yg berhemah, MOC lancar juga.

Istimewa kerna aku dapat bersua akhirnya dgn seorang IDOLA. Laku dan kata beliau buat aku terpana. Aku berkira-kira, mampukah aku menjadi sepertinya. Aku kagum. Dia ciptaan Tuhan yg indah.

MOC tinggalkan kenangan yg banyak. Betapa dalam segalanya perlu kan diskusi, jiwa yang satu dan keputusan mutlak. Aku dan mungkin kesemua mereka belajar banyak. Terima kasih atas kesempatan ini wahai Tuhan. Walau ada yg kurang, namun hakikatnya ia banyak mengajar kami lebih dewasa.

Bagai anak burung. Jika ia tak keluar terbang dari sarang, tak jatuh..mana mungkin ia bisa terbang di udara. Kita semua, jangan takut melakukan kesalahan. Dengan kesilapan itu, kita akan belajar dan menjadi kreatif. Cambah idea, mencari yang terbaik utk masa depan.

Penting untuk menyatukan idea, fikrah dan impian kami bersama. Keluarga di Psycsta, aku modalkan tautan dan kasih sesama kita utk kehidupan yg makin dewasa. Terima kasih atas segala.

Untuk segalanya, moga kejayaan buat adik-adik yang aku kasih. Kalian juara, kita semua juara. Dan alongmu di sini, kakak dan abang sentiasa menanti kalian dgn tangan terbuka. Belajar sungguh-sungguh, cud IPT.

Dan hujan mengiringi adik-adikku pulang ke Darul Naim, bersama rahmat Tuhan. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Along, semua ilmu dan tunjuk ajar Along, akak2 dan abg2 UIA akan saya praktikkan dlm kehidupan saya. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat saya dan saya doakan Along dpt menamatkan pengajian dgn cemerlang! insya-Allah. Akhir kata, blogger Along mmg hebat!! Akan saya kunjunginya lagi pada masa akan datang utk mengetahui perkembangan lanjut di UIA dan Along. Jaga diri and keep in touch. ;0)

Mentor_ulung said...

wassalam. Along kepingin nak tahu sape yg antar khabar ini :) mekasih ye sayang.

InsyaAllah..ukhuwwah ini kan berpanjangan. Lain kali letak nama ye :)

Belajar sungguh-sungguh..adik along sume nya JUARA :) jenguk lagi..jaga diri.. :)salam along utk kesemua kalian..Assalamualaikum